TERMA DAN SYARAT
 
1. Selaras dengan penularan wabak COVID-19, PKPMP akan mengenakan syarat dan terma baharu bagi sebarang permohonan di bawah modul “Lawatan ke Mahkamah”.

2. Syarat dan terma tersebut adalah seperti berikut:

     a. Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh lawatan;

     b. Pemohon perlulah memastikan bahawa tiada sebarang peserta yang dikenal pasti mempunyai simptom-simptom seperti berikut semasa hari lawatan:
         i) Demam
         ii) Batuk; dan
         iii) Kesukaran bernafas.

     c. Para peserta lawatan hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PKPMP seperti berikut:
         i) Etika Pakaian– Berpakaian sopan dan tertib;
         ii) Memakai topeng muka;
         iii) Mengamalkan penjarakan sosial; dan
         iv) Para peserta lawatan dikehendaki untuk mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis Mahkamah

     d. Jumlah peserta lawatan adalah dihadkan kepada 30 orang peserta;

     e. Setiap peserta perlulah lengkap 2 dos vaksin;

     f. Para peserta perlu mengemukakan sijil vaksinasi semasa memasuki premis mahkamah bagi sesi lawatan yang dimohon; dan

     g. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) mempunyai budi bicara untuk menjadualkan semula tarikh lawatan yang telah diluluskan.